Jika sebelum ini fenomena filem adaptasi, Ombak Rindu telah memberi populariti terhadap bakat kelahiran Akademi Fantasia musim ke 8, Adira. Kini perubahan kecantikan paras rupanya turut menjadi buah mulut daripada pelbagai pihak.
Kecantikan yang dimiliki penyanyi remaja ini sering mendapat pujian terutama daripada peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan gadis ini sehingga ada yang mahu mengetahui rahsianya.
Bagaimanapun, ada juga di kalangan pihak-pihak tertentu mengandaikan bahawa penyanyi comel ini mengamalkan suntikan untuk kelihatan cantik.
Siti Adira Suhaimi, 21, mengakui kecantikan yang dimilikinya kini tidak ada sebarang kaitan dengan penggunaan suntikan tertentu malah dengan yakin dia mengatakan apa yang ada pada dirinya itu adalah semula jadi.
“Kulit saya memang cerah begini sejak dari kecil lagi dan sehingga kini saya tidak pernah mengambil sebarang suntikan untuk kelihatan lebih gebu. Lagi pun, masyarakat di Kundasang ramai yang ada kulit seperti saya.
“Dulu, saya banyak masa untuk ke pulau, mungkin sebab itu kulit saya tidak secerah sekarang. Oleh kerana jadual harian saya kini terlalu padat dengan aktiviti nyanyian, saya tidak ada masa untuk lakukannya malah, masa luang akan saya manfaatkan untuk berada di rumah bersama keluarga,” katanya.
Adira berkata, dia tidak memiliki sebarang rahsia kecantikan tertentu tetapi hanya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan masa rehat yang secukupnya.
“Saya juga ada mengamalkan pengambilan ‘supplement’ sebagai penjagaan kesihatan. Bagi saya, peredaran usia membuatkan saya kini lebih memandang berat terhadap penjagaan diri supaya dapat mengekalkan tahap kesihatan yang ada kalanya tidak menentu.
“Khabar angin yang mengatakan saya ada ambil suntikan itu adalah tidak benar sama sekali. Walaupun mahu sentiasa kelihatan cantik, tetapi saya tidak akan melakukan suntikan itu,” ujarnya.
Teringin berlakon
Memiliki wajah yang menarik bagaikan satu platform buat anak jati Kundasang, Sabah ini terus mengukir nama dalam dunia muzik tanah air malah jika diberi peluang dalam lakonan, mungkin wajahnya bakal memeriahkan industri itu.
Namun, bagi Adira yang kini sibuk dengan persiapan program Mania berpendapat dirinya masih belum sesuai dengan bidang lakonan memandangkan pertuturannya masih lagi pekat dengan loghat Sabah.
“Saya memang ada pasang niat untuk ceburkan diri dalam lakonan tetapi buat masa ini, ia bukan masa yang sesuai. Saya mahu fokuskan kerjaya dalam nyanyian terlebih dahulu.
“Jika semua sudah stabil dan pertuturan saya juga sudah baik, tidak mustahil saya akan memulakan karier sebagai seorang pelakon pula,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu tema Ombak Rindu ini turut mengatakan, sejak bergelar penyanyi, hidupnya kini sudah berubah dan tidak seperti dahulu.
“Sekarang, saya bekerja keras menjalankan karier sebagai seorang penyanyi dan kini, banyak masa saya tertumpu kepada bidang ini.
“Kalau dahulu saya banyak masa untuk meluangkan masa bersama teman pergi bercuti, kini saya hanya akan menghabiskan masa yang terluang untuk berada di rumah supaya dapat rehat yang secukupnya,” katanya.
Tidak serik bercinta 
Sudah pasti, pakej lengkap yang dimiliki anak bongsu daripada lapan beradik ini menjadi tumpuan buat setiap jejaka. Namun, Adira yang menganggap diri dan bakatnya masih lagi hijau dalam industri nyanyian menolak tepi soal percintaan dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seni suara.
“Saya bukan fobia tapi belum masanya lagi untuk saya menjalinkan hubungan percintaan dengan mana-mana lelaki. Lagipun, usia saya masih muda dan banyak lagi yang perlu saya perbaiki dalam karier ini.
“Tetapi, saya akui masa itu akan tiba dan saya tidak akan menolaknya. Jika ia datang pada masa yang tepat, saya tidak akan berselindung,” katanya.
Bertanyakan mengenai perkembangan semasa, Adira mengatakan sedang sibuk dengan persiapan single ke lima selain daripada program Mania yang disiarkan di saluran Astro Ria setiap minggu.
“Selain single, kami juga masih lagi dalam perbincangan untuk pembikinan album pertama saya yang masih lagi berada dalam perbincangan,” katanya.


Ekoran pendedahan kisah peribadi aktres seksi, Zahida Rafik tentang hubungannya bersama seorang VVIP, banyak komen yang diterima Zahida menerusi akaun Twitternya.
Berikut antara komen balas Zahida yang seolah-olah marah dengan tindakan sesetengah pihak yang menghentamnya.






p/s : ada khabar angin kata die nie dah tak dara .





KULIM - Seorang mak nyah warga Filipina sanggup lari ke Malaysia gara-gara pernah dipaksa berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun, namun menyerah diri ke Balai Polis Kulim kira-kira jam 7.20 petang semalam, setelah menyedari kedatangannya ke negara ini tanpa dokumen sah.

Menurutnya, yang hanya mahu dikenali dengan nama Telani, 26, sebelum ini dia memasuki Malaysia menggunakan jalan laut untuk cuba mengubah nasib dengan bekerja di negara ini.

“Bagaimanapun, setelah enam bulan berada di negara ini, saya takut kerana pihak polis dan Jabatan Imigresen sering membuat serbuan.

“Atas nasihat rakan, akhirnya saya menyerahkan diri ke balai polis dan berharap dapat dihantar balik ke negara asal,” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai seorang pendandan rambut di sebuah salon di pekan kecil di Filipina.

Telani berkata, untuk masuk ke negara ini secara sah dia harus mempunyai modal sekurangnya RM10,000, namun dengan pendapatan yang tidak seberapa memaksanya mengupah tekong bot nelayan untuk masuk ke Malaysia.

“Di negara ini, saya cuba bekerja mengikut kemahiran yang saya ada, tetapi tiada majikan yang mahu mengajikan saya kerana tiada permit sah.

“Justeru, saya minta nasihat rakan senegara yang saya temui. Mereka kata hanya industri pembinaan saja yang mengambil pekerja asing seperti saya,” katanya.

Katanya, dalam keadaannya dirinya seperti itu tidak sesuai untuk bekerja sebagai buruh binaan dan dalam masa sama dia berkenalan dengan seorang warga tempatan.

“Dia memperkenalkan saya sebuah pusat hiburan yang mengambil pekerja asing sebagai pelayan di Pulau Pinang.

“Hari pertama saya berjumpa pengurus pusat hiburan itu, tempat berkenaan telah diserbu pihak berkuasa. Saya takut dan berjaya melarikan diri,” katanya.

Telani berkata, apabila sampai ke daerah ini, dia dapati tidak banyak pusat hiburan dan wang simpanannya juga semakin berkurangan.

“Daripada terus jadi pelarian, lebih baik saya serahkan diri dan balik ke Filipina,” katany




[Image: noanal-214x300.jpg]

Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah s.a.w menjawab: “Itu halal.” Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bertanya: “Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang itu. Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya.”

Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:
1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.

2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.

3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.

4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.

5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.

6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.

7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.

8. Wajah tidak berseri.

9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.

10. Menimbulkan kebencian.


Hukum : Menggauli isteri pada dubur termasuk dosa besar dan maksiat yang paling keji berdasarkan hadis dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, bahawasanya beliau berkata:

"Terlaknat orang yang mendatangi isteri pada duburnya."

Beliau shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:

"Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan melihat laki-laki yang mendatangi laki-laki yang lain (melakukan homoseksual) atau (seorang laki-laki) yang mendatangi isteri pada duburnya.

Stefanie Liah

                                                                           
Anggun

                                                                          Zila Bakrin


Zakiah Anas

Azizah Mahzan


Ekoran timbulnya isu penyanyi lagu ‘Patah Seribu’, Shila Amzah yang dikatakan beraksi ‘gedik’ bersama kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini, Media Hiburan Online menghubungi si empunya diri untuk mendapatkan penjelasannya.
“Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya.
” Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius,” katanya jujur.
Zubir Berita Harian baru-baru ini menegur kelakuan Shila Amzah dan kekasihnya iaitu Sharnaaz yang berkelakuan terlebih mesra di depan khalayak ramai.
Antara kata-kata Zubir ialah:-
Orang lain pun bercinta juga, tapi cool saja. Lebih menjengkelkan, Sharnaaz dan Shila menunjukkan kemesraan itu di depan ibu Shila, walhal kedua-duanya bukan ada ikatan sah sebagai suami isteri, sebaliknya hanya berstatus kekasih sahaja.
Zubir perhatikan, ibu Shila seolah-olah merestui anak daranya itu beraksi mesra dengan Sharnaaz.
Apalah salahnya sebagai ibu, tegur sikit Shila tu supaya menjaga kelakuan di tempat awam, jangan biarkan orang menyampah dengan gelagat mesra bersama Sharnaaz yang over sangat tu.







ACEH: Sepasang punk disebat sembilan kali setiap seorang selepas mereka didapati bersalah mengadakan seks di tempat awam.

Kira-kira 100 penduduk bandar Langsa yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu bersorak apabila polis Syariah menyebat wanita berusia 21 tahun itu, dan teman lelakinya berumur 23 tahun.


Sebelas orang yang didapati bersalah berjudi juga menjalani hukuman itu. Ketua Pendakwa Raya Langsa, Putra Masduri berkata, pasangan berkenaan yang sering berkeliaran dijalan raya dengan berpakaian ala punk. Mereka bagaimanapun dikenakan pakaian serba putih ketika menjalani hukuman itu.

Polis Syariah Aceh, satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam, melancarkan gerakan antipunk dengan menyerbu kafe dan taman bagi mencegah apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai ‘wabak sosial.’ — Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...